Sunday, 11 August 2013

OX Brokerage Fee

Perghh....dekat setahun woo x hupdate blog ni....

Just nak update la, dalam post yang lepas, teman ada cakap yang fee untuk broker OX ni 14.95 dollar untuk satu trade kan?....hahaha..yang sebenarnya fee ni tak tetap rupanya..perghh..camtu pun boleh eh?..


Alkisahnya, ada satu hari tu teman live chat la dengan Customer Service dia. Konon nak tanya la pasal urusan trading yang sebelum ni...tengah duk rancak layan chat ngan dia, teman pun tanya la pada dia pasal promosi broker ni. Teman cakap la agak mahal 14.95 dollar tuhh..Tau dia cakap ape?...Wait sir, let me check first your account...pahtu dia pun cakap aku punya akaun memang dah di set 14.95 dollar per trade. Ak pun redha je la dah dia kata camtu. Kejap tu, dia pun cakap fee ni boleh di ejas...perghhhh..boleh gitu eh?...Ak pun ape lagi, terus la ayat dia...Ayat punya ayat, dia pun tanya ak punya pasal trading ak..Ak pun cakap le yg ak ni active trader,jenis yang tak suka pegang saham lama2...Jadi kalau boleh dapat fee yang murah, lagi banyak la trading yang ak buat..hehehe..ayat kena maniss....tuptup, dia pun cakap 

"Kalu dah gitu kata encik, saya akan kurangkan fee trading encik kepada 8.95 dollar per trade"

Tapi dia tulis dalam english la ye...=)

Punya la senang...Agak2 kat Malaysia ade ke gini?..hehehe

Ak pun say THANK YOU VERY MUCH je la...nak belanja makan, jauh sangat...

So, skang ni fee trading ak dah kurang jadi separuh...nyesal plak tak tanya awal2..perghhhh...banyak tuwww...

So, pada sapa2 yang ade trading account kat US sana, try2 la usha kot2 boleh kurang lagi fee trading...




Monday, 24 September 2012

NYSE : Local Account vs Direct Account

Setelah hampir 3 bulan berfikir, akhirnya ak mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam US Stock pulak. Bukan taknak support Bursa, cuma aku rasa pergerakan saham kat bursa ni lambat. 

Berbanding kat US, volume saham sana sangat besar. Jadi, senanglah nak jual atau nak beli sesuatu saham tu (bukan semua yerk). Lagi pun saham yang bervolume tinggi kat sana kebanyakannya company yang besar. Bayangkan saham Apple yang harga nya beratus dollar pun, volume dia agak tinggi. Perghhh.....berbeza kat sini, saham-saham yang berprofil tinggi aka mahal agak kurang sikit dia punya volume. Kat sini, kebanyakan harga saham berkait dengan spekulasi. Walhal xtau lagi kesahihan rumours tu. Jadi, susah la nak buat duit. Kang tiba2 mencanak naik harga saham.

Jadi, saja la nak try kat US Stock Market plak. So, pada sapa2 yang berminat untuk membeli saham kat US, anda ada dua pilihan. Yang pertama, beli melalui local broker macam Maybank, HleBroking, Cimb dan lain. Cuba la rajinkan tangan bukak laman web broker2 ni. Most of them, dah ada facility cross border stocks. Kebaikan pilihan ni ialah, mudah dan pantas. Senang berurusan. Nak online boleh, nak fizikal pun boleh. Ade masalah, terus je call atau pergi office. Tatapiiiiiiii......yang tak boleh blahnya, fee dia punya la mahal.....hooooooooo....sampai 30 dollar pun ade (rm90)...nak tunggu saham tu gerak berapa tick, baru boleh untung....huuuuuuu...lu pikir la sendiri!....Amacam???ada bran?

Pilihan yang kedua, anda boleh bukak trading account direct terus dengan broker kat sana macam OX, ZECCO dan banyak lagi laaa..bukak je laman web dieorang..korang survey la satu2...yang bagusnya bila kita buka direct account ni, fee dia murah sikit...tgok atas broker la..yang 5 dollar pun ade...jauh wooo beza dengan local broker kita....kekurangan dia ialah, susah nak berurusan dengan company tu...kalo de masalah, x kan kita nak pergi US sana..

So, dua dua pilihan ada baik and ada buruk dia....lu pikir la sendirikk mana baik untuk korang...

Untuk direct account dengan us broker, tak semua broker yang accept foreign account application ya. Ada seteng2 je yg boleh. Mengikut pengalaman aku, tak susah pun nak bukak trading account ni..free plak tu (tengok broker la ye)...setakat hari ni, yg paling mudah nak bukak foreign trading account ialah dengan optionsexpress ataupun nama lain OX...senang..kalau broker lain, siap mintak kita punya salinan passport laa...orang yang xprnah keluar negara mcm aku ni,mane ada passport kan..untuk OX, just bagi copy IC je untuk support document. Tapi fee dia mahai sikit la...14.95 dollar but still acceptable berbanding 30 dollar...

So, bila dah bukak trading account ni, next step nya ialah meng"funding"kan account kita. Haaaa, ni yg leceh bila bukak direct ngan us broker ni...tak boleh fund transfer mcm tu je..kita kena buat FTT..cas dia pun agak mahal tapi xla smpai beratus2...len bank,lain cas nye...kene survey laaa...macam aku, dah pernah try transfer 65 dollar ke trading account. Ak FTT guna RHB Online je...dalam tempoh 24 jam, broker kat sana dah update account. Ok what....cas dia dalam berapa ringgit je...so skang ni, tgh mengumpul dana untuk transfer lagi...nak amik modal saham bursa ni, macam sayang la plak..biar je laa beranak kat sini...

Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman aku bukak trading account dengan US broker. Anyway,skang ni masih tengah mencari US broker yang menawarkan fee rendah untuk foreigner...kalo sape2 de info tu, bg tau la yerk....

Friday, 24 August 2012

Masalah2

Eyyyyyyy....appedaaaa..lamanye la tak update blog ni.

Yesssss..masalah datang lagik...semalam saje je la check upsi nye post graduate program result. Alhamdulillah laaa...eden ditawarkan untuk sambung jadi master chef...perghhh...epi x epi la kan...baca punya baca surat tawaran tengok, kena daftar 13 september ni. Dalam hati kata, waa bagus ni bleh ponteng sekolah sbb hari tu jatuh pada hari khamis...tibo2, tgh makan nasi goreng kari maggi, boleh teringat plak yang ak kene jd pengawas UPSR bulan 9 ni....ahhhh sudahhh...jangan bertindan laaaa....terus gi check bila tarikh upsr.....perghhhh...sekali sama tarikh laaaaa....haduiiii....eyyyy,apppedaaaa.....camno ak nak wak ni......

Bleh ke pengawas upsr ni excuse satu hari?.. Anyone can answer?

Friday, 6 July 2012

Saham Oh Saham


Alhamdulillah......

Pagi ni dah berjaya jual saham MMCCORP (2194) yang baru beli semalam. Syukur2. 
Semalam dapat la menyelit beli pada harga RM 2.57 seunit masa saham ni tengah merah. 
Nak dijadikan cerita, pagi tadi bukak2 je online trading platform, tengok MMCCORP ni tengah hijau. Apo laei, terus ku jual kat harga RM 2.61. Alhamdulillah, dapat la untung dalam RM 130 lebih kurang. Boleh la nak tampung kerugian  akibat terjerumus dalam saham BERTAM (9814) baru ni. Rugi banyak woo beli encik BERTAM ni. Ptuiiiii...Tobat taknak usik dah saham ni. Ape pun, ak dah dapat pengajaran yang berguna la dengan saham BERTAM ni iaitu.....

"JANGAN BELI IKUT NAFSU!!!!!"

Kepada kawan2 yang baru nak menjerumuskan diri dalam dunia saham ni, pesan saya elakkanlah dari membeli saham-saham yang tak berapa famous ni. Beli la blue chip stock macam AXIATA, DIALOG, DIGI etc. Cari la saham-saham yang market capitalnya besar. Terjamin sikit berbanding saham2 yang lain. Ape-ape pun, HAPPY TRADING!

Thursday, 5 July 2012

Seminar Oh Seminar

Perghhhhh....Salah satu perkara yang paling aku tak gemar yakni pergi kursus aka seminar aka latihan dalam perkhidmatan.

Hadoiiii...dapat surat plak tadi PK 1 suruh pergi Seminar Sains Dan Matematik kat Sapura Smart School Subang hari Sabtu ni (Sabtu?????)....haha..layan je laaaaa....

TARIKH : 07 JULAI 2012
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SAPURA SMART SCHOOL
MASA : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari.

Fuhhh, nasib baik setengah hari je...

Harap-harap dapat banyak la input yang bermanafaat untuk diri sendiri amnya, dan murid-murid umumnya. AMIN....

Ada Apa Dengan Blog Ni?

Ada apa dengan ceritera hamba??

Entah laaa...cadangnya blog ni dilahirkan sebab nak berkongsi pengalaman saya sebagai seorang insan dan juga guru.

Saya ni hanyalah seorang guru biasa di sebuah sekolah rendah di tengah-tengah Selangor. Besar tak besar la sekolah ni, murid pun nak cecah seribu. Kawan-kawan cikgu kat sini memang sempoi. Pentadbir pun understanding (chewahhh).

Selain dari mengajar, saya juga melibatkan diri secara kecil-kecilan dengan dunia saham iaitu Bursa Malaysia (ikan bilis lagi la, modal pun kicik).

Juga seorang peminat alat-alat muzik dan juga gajet elektronik. (Men guitar kapuk tu bley la nak buat modal ngurat awek. p/s - masa bujang bujang dulu eh)...haha

Jadi, kemungkinan blog karut ini akan banyak berkisarkan pengalaman saya di sekolah, saham, muzik dan gajet.....

aKHiRNYa...

Ahhhhhhh...akhirnya......

Lahir jgak la blog kawe ni....5 suku tahun kawe dok mikir nok wak ke dop...

Harapnya, dapat la berkongsi serba ssedikit pengalaman hidup yang tak seberapa ni...