Berbanding kat US, volume saham sana sangat besar. Jadi, senanglah nak jual atau nak beli sesuatu saham tu (bukan semua yerk). Lagi pun saham yang bervolume tinggi kat sana kebanyakannya company yang besar. Bayangkan saham Apple yang harga nya beratus dollar pun, volume dia agak tinggi. Perghhh.....berbeza kat sini, saham-saham yang berprofil tinggi aka mahal agak kurang sikit dia punya volume. Kat sini, kebanyakan harga saham berkait dengan spekulasi. Walhal xtau lagi kesahihan rumours tu. Jadi, susah la nak buat duit. Kang tiba2 mencanak naik harga saham.
Jadi, saja la nak try kat US Stock Market plak. So, pada sapa2 yang berminat untuk membeli saham kat US, anda ada dua pilihan. Yang pertama, beli melalui local broker macam Maybank, HleBroking, Cimb dan lain. Cuba la rajinkan tangan bukak laman web broker2 ni. Most of them, dah ada facility cross border stocks. Kebaikan pilihan ni ialah, mudah dan pantas. Senang berurusan. Nak online boleh, nak fizikal pun boleh. Ade masalah, terus je call atau pergi office. Tatapiiiiiiii......yang tak boleh blahnya, fee dia punya la mahal.....hooooooooo....sampai 30 dollar pun ade (rm90)...nak tunggu saham tu gerak berapa tick, baru boleh untung....huuuuuuu...lu pikir la sendiri!....Amacam???ada bran?
Pilihan yang kedua, anda boleh bukak trading account direct terus dengan broker kat sana macam OX, ZECCO dan banyak lagi laaa..bukak je laman web dieorang..korang survey la satu2...yang bagusnya bila kita buka direct account ni, fee dia murah sikit...tgok atas broker la..yang 5 dollar pun ade...jauh wooo beza dengan local broker kita....kekurangan dia ialah, susah nak berurusan dengan company tu...kalo de masalah, x kan kita nak pergi US sana..
So, dua dua pilihan ada baik and ada buruk dia....lu pikir la sendirikk mana baik untuk korang...
Untuk direct account dengan us broker, tak semua broker yang accept foreign account application ya. Ada seteng2 je yg boleh. Mengikut pengalaman aku, tak susah pun nak bukak trading account ni..free plak tu (tengok broker la ye)...setakat hari ni, yg paling mudah nak bukak foreign trading account ialah dengan optionsexpress ataupun nama lain OX...senang..kalau broker lain, siap mintak kita punya salinan passport laa...orang yang xprnah keluar negara mcm aku ni,mane ada passport kan..untuk OX, just bagi copy IC je untuk support document. Tapi fee dia mahai sikit la...14.95 dollar but still acceptable berbanding 30 dollar...
So, bila dah bukak trading account ni, next step nya ialah meng"funding"kan account kita. Haaaa, ni yg leceh bila bukak direct ngan us broker ni...tak boleh fund transfer mcm tu je..kita kena buat FTT..cas dia pun agak mahal tapi xla smpai beratus2...len bank,lain cas nye...kene survey laaa...macam aku, dah pernah try transfer 65 dollar ke trading account. Ak FTT guna RHB Online je...dalam tempoh 24 jam, broker kat sana dah update account. Ok what....cas dia dalam berapa ringgit je...so skang ni, tgh mengumpul dana untuk transfer lagi...nak amik modal saham bursa ni, macam sayang la plak..biar je laa beranak kat sini...
Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman aku bukak trading account dengan US broker. Anyway,skang ni masih tengah mencari US broker yang menawarkan fee rendah untuk foreigner...kalo sape2 de info tu, bg tau la yerk....